Selamat Hari Raya Eid 1437 Entry ke 2 Eid selepas Entry ini Raya Korban terlalu dekat di hati saya sebenarnya.Masih ingat lagi air mata berjurai menangis bila dengar slot raya korban di Radio IKIM 3 tahun yang lepas.Menangis lagi bila dengar takbir dan solat raya di masjid pada waktu itu. Kali ke -3 berturut-turut dapat merasai dan meraikan korban. Alhamdulilah,dengan izin Allah tahun ni sekali lagi dapat melaksanakan ibadah korban.Special tahun ni sebab buat korban untuk insan yang paling tinggi darjatnya,Agung doanya,takkan terbalas jasanya " EMAK".Moga Allah menerima ibadah dan hajat kalian semua.Moga Allah kabulkan doa dan hajat emak untuk pergi menunaikan haji. Detik yang ditunggu Kerjasama menumbangkan lembu Gotong Royong bermula Bersedia untuk di agih-agihkan Hari Eid pertama untuk Hadif Muzaffar Salam Hari Raya E id daripada kami b ertiga Hadif , Ibu dan Ay ah