Cala Medina IG

Tabung Rumah ;-)

Tuesday, 6 December 2016

RUMAH SEMI D, MUTIARA RINI JOHOR BAHARU UNTUK DISEWA (MURAH)




RUMAH SEMI D, MUTIARA RINI JOHOR BAHARU  UNTUK DISEWA
 
* Rumah baru di Taman Mutiara Rini
* Semi-D ( 3 Bilik + 3 Bilik Air -(2 bilik atas , 1 Bilik Bawah )
* Keluasan : 1500 Sq
*Setiap Bilik dilengkapi kipas & Lampu
*Grill sudah siap dipasang
* Lokasi Sangat strategik (berdekatan dengan Second Link)

Rumah berdekatan:
*TESCO
* MYDIN (Akan dibuka)
* McDonald
*Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini
*Bank & Pusat Komersial
*Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
*Masjid
*Legoland
*Kota Iskandar/Nusajaya , dll

Partially Furnished!!!
*Katil Queen Size-2 Unit
*Katil Single - 1 Unit
*Almari Baju- 1 Unit
*Meja Makan 6 Kerusi-1 Unit
*Folded Sofa & 2 Seater- 1 Unit
*Round Table-1 Unit
*Kabinet Dapur-2 Unit

Kemasukan adalah SEGERA!

SEWA RM 1500 (Negotiable)
Deposit 2+1

(Preferred Families, Malay, Islam only)

Please email us for further details asmidamak@gmail.com

More Picture kindly follow OUR Instagram @asyusuf_rumahsewa










*Terms and Condition Applied
Thank You 

Or Click Here
via mudah.com.my 



Tuesday, 13 September 2016

Part 5: Rumah Pertama Projek RMMJ kami Siap!!

Syukur, Alhamdulilah, semuanya telah selesai Kami telahpun mengambil kunci rumah pada hari jumaat yang lalu 9/9/2016.

Perjalanan dalam pembelian rumah pertama ini, sangatlah panjang dan penuh emosi .Pengalaman yang sangat berharga untuk kami, Rezeki seawal tahun pertama perkahwinan kami.Sungguh Allah Maha Besar.Syukur Allah telah memudahkan segala-galanya untuk kami.

Berikut adalah antara Prosedur untuk mengambil kunci Rumah RMMJ yang harus kami lalui

1.Buat Appointment sehari awal sebelum datang
Disebabkan kami lewat mengambil kunci daripada tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemaju, (SEBULAN LEWAT) maka kami dikehendaki buat appointment,Kami call hari isnin, dan buat appointment untuk datang pada hari jumaat  (2.30 p.m), sebab pagi dah fully booked.

2.Pejabat Sales
Ambil kunci rumah  di Pejabat Sales Mutiara Rini (berhampiran dengan Masjid Mutiara Rini) bukan Pejabat Project (berhampiran sekolah Mutiara Rini).

3.Pembayaran
Kami dikehendaki membayar RM 189 sahaja sebab dah buat bayaran RM 1K kepada pemaju semasa proses booking rumah dahulu.Buat bayaran dan sign document daripada pemaju.Masa ini akan dapat file  daripada pemaju.Dalam file ini ada borang complain.

4.Kunci Rumah
Selepas buat bayaran kami dikehendaki pergi terus ke rumah, semetara menunggu wakil daripada pemaju untuk datang membawa kunci rumah.

5.Baucer RM 1000
Diberitahu kita akan dapat baucer RM 1k daripada kerajaan.Hantar salinan documents yang dikehendaki kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.Baucer akan dapat dalam tempoh sebulan

Itu serba sedikit daripada pengalaman kami semasa mengambil kunci rumah tempoh hari



Buat Bayaran di Pejabat Sales Mutiara Rini

Wakil daripada Pemaju (Berbaju  Biru) sampai

Beliau akan buat checlist kunci Rumah
Check defects.Claim boleh dibuat dalam tempoh 18 bulan.Bawak masking tape dan maka siap-siap masa ni.Kami terlupa nak beli masking tape.Beli di kedai area Pejabat Sales mutiara Rini haritu.
Ok, inilah senarai defects yang dapat kami kenal pasti.Banyak tak?? Borang complain ni boleh hantar terus di Pejabat Sales  Mutiara Rini. ,bukan Project ea
oK Siap.Happy face semua.Sebelum balik kita  bergambar dengan atuk dan nenek dulu

Alhamdulilah settled dah.Balik dahulu.Jumpa lagi JB!!


Alhamdulilah selesai, ada yang dah ambil kunci Rumah ke?? Boleh share pengalaman anda semua kat bawah..Ok,Happy renovating , grilling, shopping and paying for our homes and Valuable asset!!

Jumpa lagi


Previously Update:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Selamat Hari Raya Eid 1437

 Selamat Hari Raya Eid 1437

Entry ke 2 Eid selepas Entry ini

Raya Korban terlalu dekat di hati saya sebenarnya.Masih ingat lagi air mata berjurai menangis bila dengar slot raya korban di Radio IKIM 3 tahun yang lepas.Menangis lagi bila dengar takbir dan solat raya di masjid pada waktu itu.

Kali ke -3 berturut-turut dapat merasai dan meraikan korban. Alhamdulilah,dengan izin Allah tahun ni sekali lagi dapat melaksanakan ibadah korban.Special tahun ni sebab buat korban untuk insan yang paling tinggi darjatnya,Agung doanya,takkan terbalas jasanya " EMAK".Moga Allah menerima ibadah dan hajat kalian semua.Moga Allah kabulkan doa dan hajat emak untuk pergi menunaikan haji.

Detik yang ditunggu

Kerjasama menumbangkan lembu


Gotong Royong bermula

Bersedia untuk di agih-agihkan


  Hari Eid pertama untuk Hadif Muzaffar
 Salam Hari Raya Eid daripada kami bertiga  Hadif , Ibu dan Ayah

Tuesday, 6 September 2016

No Ubat for Hadif


Aku bukan Pakar Kanak-Kanak

Sumber:http://zouldahanblog.blogspot.my/2009/10/aku-sebagai-pakar-kanak-kanak.html

Aku bukan pakar kanak-kanak. Aku hanya doktor biasa2 sahaja. Tapi entah camna ramai ibu bapa yang suka bawak anak2 mereka datang jumpa aku. Aku pernah jugak bercita2 nak jadi Pakar Paediatrik tersohor kat Kulai ni tapi aku malas nak baca buku dah. Lagipun, aku tak suka melihat kanak2 yang sakit, terlantar di katil dengan wire seluruh badan. Lepas tu asyik nak kena cucuk sana cucuk sini. Aku tak sampai hati nak melihatnya.

Maka jadilah aku doktor cabuk sahaja, merawat sakit demam batuk dan selsema. Satu yang aku pegang sampai sekarang ialah merawat pesakit bukan setakat memberi ubat2 kepada pesakit. Kanak2 terutamanya. Yang penting ialah aku rawat kesusahan dan ketakutan emak bapaknya dulu. Bila mereka dah rasa selesa dan selamat tentang keadaan anak mereka, ubat apapun yang aku beri anaknya pasti sihat semula.

Kebanyakan ibu bapa yang datang ialah ibu muda atau bapak muda yang baru ada anak seorang. Susah hati betul kalau tengok anaknya demam ke, selsema ke atau susah nak tidur malam. Sebenarnya anak2 sakit tak seteruk manapun tapi bila anaknya asyik meragam, tak boleh tidur malam, tak nak menyusu , emak bapak yang jadi kalut. Itu sebab mereka datang ke klinik sebenarnya.

Mereka ini kalau dilayan betul2, setengah jam tak cukup untuk menjawab soalan2 mereka. Semua benda mereka nak tanya. Susu formula apa yang bagus, kenapa berat anak tak naik2, kenapa makan ubat hospital kerajaan tak baik2, kenapa anak tidur nafasnya berbunyi, boleh tak mandikan anak dengan air sejuk, vitamin apa nak beri kat anak, dan macam2 lagi soalan. Berikut adalah jawapan2 lazim yang aku beri kepada ibubapa muda. Rasanya aku nak rakam jawapan2 aku dan suruh mereka semua dengar kat rumah sahaja. Jadi, tak payahlah aku asyik bercakap perkara yang sama sepanjang hari.

1. Susu formula apa yang bagus untuk anak?

  • Tiada yang spesifik. Tak semestinya yang mahal itu bagus dan tak semestinya yang murah itu tak bagus.
  • Susu brand apapun, kalau lepas menyusu anak itu tidur lena, berat badan meningkat, kencing lawas, buang air pun lawas, tiada ruam2 di badan, itu kira sesuailah. Kalau sebaliknya, kenalah cuba brand yang lain.
  • Walaupun banyak company datang suruh promote susu2 mereka kat klinik aku, aku memang tak layan. Kau beri sampel, katalog, poster dan macam2 lagi barang aku memang ambik. Tapi aku takda susu pilihan aku. Pada aku semuanya sama. Kalau kata ada DHAlah, Phospholipidlah, Probiotiklah, aku dah tak peduli dah. Semua company kata benda yang sama.
  • Kalau anak ada masalah ruam2, alahan kulit, banyak kahak, sembelit atau cirit-birit barulah aku cadangkan susu yang tanpa laktosa untuk anak2 mereka. Itupun aku cadangkan sahaja sebab susu ini sangatlah mahal. Tak ramai yang sanggup membelinya.
2. Kenapa berat anak tak naik2? Kenapa anak saya kurus sangat?
  • Kesihatan kanak2 bukan diukur dengan berat badan. Budak yang kurus tak semestinya tak sihat dan yang chubby tu sihat. Nurse kat klinik kerajaan selalu membebel kat ibubapa yang berat anaknya tak naik2. Lepas tu ibubapa datang cari aku.
  • Pada aku, selagi budak tu masih boleh bermain dengan kawan2, masih aktif berlari2, boleh bersosial dan perkembangannya sama macam anak2 orang lain, itu kira sihatlah. Berat badan tak penting sangat. Umur antara 3-6 tahun adalah masa dimana anak2 sibuk sangat bermain sehingga lupa pasal makan. Tapi susu jangan ceritalah. Sekejap2 mintak susu tetapi bila diajak makan, ada aje alasannya.
  • Biasanya aku check jantung, pernafasan, perut dan perkembangan mindanya. Kalau semuanya normal dan asyik terkebel2 tengok koleksi mainan aku, itu sihatlah namanya. Biasanya bila naik sekolah rendah esok, barulah nampak perubahannya.
  • Aku juga selalu cakap kat ibubapa supaya jangan bandingkan berat badan anak dengan anak2 yang lain. Lebih elok bandingkan dengan emak bapak atau atuk nenek mereka kerana faktor baka selalunya mempengaruhi berat badan.
3. Kenapa makan ubat klinik kerajaan tak baik2?
  • Ramai beranggapan ubat kerajaan tak cukup bagus. Bila mereka dah fikir macam itu, secara psikologinya makan ubat banyak manapun memang tak baik. Ubat kerajaan setaraf malah rasanya ada yang lebih bagus daripada ubat2 di klinik aku tetapi jenis ubat diklinik kerajaan adalah terhad. Ubat demam Paracetamol digunakan untuk hampir semua jenis penyakit. Sakit kepala, demam, sakit perut, pening semua diberinya Paracetamol atau 'pil KK' kata orang kampung. Ubat tahan sakit ialah Ponstan 250mg. Takda yang lain. Ubat batuk pun sama. Hanya satu jenis iaitu Benadryl. Batuk berkahak ke, batuk berhingus ke, batuk kering ke, pusing2 ubat tu jugak.
  • Kat klinik aku ubat batuk ada 7-8 jenis. Macam2 warna ada. Putih, Hitam, Merah, Hijau, Jernih. Yang dalam bentuk pil dan bentuk serbuk pun ada. Ubat tahan sakit pun sama. Macam2 warna dan saiz aku ada. Hanya aku yang tahu ubat mana yang sesuai untuk setiap jenis batuk dan sakit. Nak cerita pun susah.
  • Berbalik kepada ubat demam untuk kanak2. Di hospital mereka gunakan jenis sirap 120mg untuk setiap 5ml atau satu sudu. Di klinik, aku gunakan jenis suspension perasa oren atau strawberry dengan dosnya 250mg untuk setiap 5ml. Ini bermakna ubat aku lebih pekat.
  • Ubat demam secara purata diberi mengikut umur. Bawah setahun 2.5ml, 1-3 tahun 3ml dan lebih 3 tahun 5ml. Teori ini salah. Ubat demam patut diberi mengikut berat badan iaitu 15mg untuk setiap 1kg berat badan. Kalau budak tu berumur 3 bulan tetapi berat badannya dah 7 kg, 2.5ml ubat mana cukup. Itu sebab demam tak turun2 sebab dos ubat tidak mencukupi.
  • Kalau berat badan 7kg, ia perlu ambil 105mg untuk sekali makan. Ubat hospital, dia perlu makan 4.5ml atau ubat klinik 2ml sahaja. Itu sebab mereka makan ubat hospital tak turun2 jugak demamnya sebab nurse tidak memberi penerangan yang betul.
4. Kenapa anak saya tidur berbunyi nafasnya?
  • Ramai ibubapa risau bila nafas anaknya berbunyi. Mereka takut anak mereka kena Asthma atau semput.Soalan lazim aku ialah:
  1. Ada tak ahli keluarga yang semput?
  2. Susu apa anak mereka minum?
  3. Bagaimana sukatan susu anak?
  4. Adakah anak gelisah semasa tidur?
  • Kalau ahli keluarga tiada yang semput atau Asthma, kemungkinan anak itu kena asthma adalah minimal. Bunyi nafas selalunya berkaitan dengan bunyi lendir atau kahak di laluan angin pernafasan. Kalau anak itu tidur lena walaupun berbunyi, pada aku itu normal.
  • Kalau anak itu gelisah, merengek, menangis dengan suara yang halus, kembang kempis hidungnya atau berombak dadanya itu bermakna anak itu ada masalah pernafasan dan perlu dibawa ke hospital dengan segera.
  • Lendir dan kahak disaluran pernafasan adalah perlu sebagai pertahanan badan. Kanak2 biasanya tidak pandai lagi untuk mengeluarkan kahak atau lendir yang berlebihan. Biasanya ia ditelan dan keluar melalui najis atau kadang2 dimuntahkan.
  • Susu formula ada yang mengandungi lemak atau minyak berlebihan. Ia juga boleh menjadi kahak jika susu dibuat pekat sangat atau anak diberi susu banyak2 sebelum tidur. Nasihat saya ialah cairkan susu dan jangan beri banyak2 sebelum anak masuk tidur.
  • Sekiranya anak itu batuk atau nafasnya berbunyi agak kuat sewaktu tidur, tepuk2 sedikit di atas belakang dadanya dan kemudian tidurkan secara mengiring. Ini untuk mengurangkan kahak ditekaknya.
  • Ramai ibubapa yang datang ke klinik minta ubat cair kahaklah, ubat lega dadalah untuk bayi2 mereka. Pada aku bayi2 berumur bawah setahun tidak perlu makan ubat banyak2. Apatahlagi kalau nak beri makan antibiotik. Aku kesian betul kalau budak2 kecik dah disuruhnya makan ubat macam2.
Ramai ibubapa beranggapan, kalau anak mereka demam makan ubat terus nak baik. Kalau tak baik jugak, kena makan antibiotik. Selagi tak makan antibiotik demam tak boleh baik. Patient2 yang dah biasa dengan aku, takkan mintak antibiotik kalau aku tak beri. Mereka tahu kalau anak2 mereka demam, ianya mengambil masa 2-3 hari untuk sembuh. Selepas makan ubat, demam turun dan anak itu cergas bermain. Masuk 8 jam, demam akan datang semula. Itu biasanya berterusan selama 2 hari dan ianya adalah tempoh yang normal untuk badan menghasilkan antibiotik sendiri.

Biasanya aku pesan kat ibubapa, kalau anaknya tetap aktif dan bermain seperti biasa bermakna kuman itu tak kuat. Itu virus biasa sahaja. Pastikan anak dapat cukup rehat dan cukup air dalam badan. Lepas 2 hari sembuhlah. Itulah yang aku buat kat anak2 aku kalau mereka demam. Lepas beri ubat demam, selsema dan batuk aku suruh mereka tidur. Aku jarang sangat beri anak2 aku makan antibiotik kerana mereka jarang dapat menghabiskan atau makan ubat itu ikut aturan.

Jika demam berterusan lebih 2 hari, bawalah jumpa doktor semula. Jangan pagi datang klinik, malam pergi klinik lain sebab demam belum sembuh.

Monday, 8 August 2016

Kedai Lampu: A sURVEY

Bila sedang seronok google tips masuk rumah baru ni, tiba-tiba nampak la orang hupdate  pasal grill dan lighting jugak .So here it is suggested tips and  shop for  ligting things:

 
Tips beli Lampu

  • Kira dan Lukis point lampu dan kipas di sehelai kertas
  • Kos Yang Perlu Diperuntukkan
  • Memlilih untuk ruang demi ruang
  • Memilih ikut saiz dan keperluan ruang
  • Minta Diskaun
  • Belilah semasa SALE
  • Lampu Putih & Lampu Kuning
  • Upah pemasangan
  • Rujuk majalah dan imej carian Google
  •  Kira dan Lukis point lampu dan kipas di sehelai kertas



1. Avalon
Murah!! Banyak branch,KL and senawang pun ada.So in Jb area, boleh la survey kedai ni
Alamat:74, Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: +607 - 3556909 Fax: +607 - 3556909
Email: johorjaya@avalon2u.com

Sources : Soulian







2. House Of Lighting Puchong&Top Ten Lighting
TIP-TIPS MEMBELI LAMPU Kira dan Lukis point lampu dan kipas di sehelai kertas

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Ramai orang review about this shop.So boleh la check it out nanti .Rumah di Johor Baharu, tapi survey lighting kat Puchong..hee
Houses Lighting Enterprise
no 33 & 35 Jalan BPU 6
Bandar Puchong Utama
47100 Puchong
012 2683790

Sources:Satriakelabu

tbc..

Tips Masuk Rumah Baru -Google je dulu

Hari ini masuk-masuk office je terus google tips masuk rumah baru.Ok here it is.Bila google je alahai banyak benda nak kena buat.Sempat ke nak check semua "defect" dalam masa satu hari.


Bawa Masking Tape & Maka pen macam ni dan tulis defect atas masking tape tu



1- Tips
1st Tips
lawatilah rumah anda
berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat

2nd tips
Check meter air , dan meter electrik (suis dan socket)

3rd tips
Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
Ada yang kosong tandakan dan minta dia pecah dan tampal yang baru dengan elok

4th tips
Periksa dinding rumah anda,bumbung,tandas,saluran air

5th tips
Kunci meter air

Sources:Bla2 Corner

2- Budget
 Jenis rumah: Dua Tingkat Tengah

    Bekalan Elektrik: RM600
    Bekalan Air       : RM400
    Kos Grill Tingkap & Pintu : RM4400
    Kos wiring semula: RM2000
    Kos Lampu LED (Ruang tamu sahaja): RM55 x 10 = RM550
    Kos Kipas 3 unit (bahagian bawah sahaja) : RM180 x 3 unit = RM540

Jumlah Anggaran Bajet atau KOS yang diperlukan adalah : RM10++

Sources:Luarteko

so tbc..