Skip to main content

Part 5: Rumah Pertama Projek RMMJ kami Siap!!

Syukur, Alhamdulilah, semuanya telah selesai Kami telahpun mengambil kunci rumah pada hari jumaat yang lalu 9/9/2016.

Perjalanan dalam pembelian rumah pertama ini, sangatlah panjang dan penuh emosi .Pengalaman yang sangat berharga untuk kami, Rezeki seawal tahun pertama perkahwinan kami.Sungguh Allah Maha Besar.Syukur Allah telah memudahkan segala-galanya untuk kami.

Berikut adalah antara Prosedur untuk mengambil kunci Rumah RMMJ yang harus kami lalui

1.Buat Appointment sehari awal sebelum datang
Disebabkan kami lewat mengambil kunci daripada tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemaju, (SEBULAN LEWAT) maka kami dikehendaki buat appointment,Kami call hari isnin, dan buat appointment untuk datang pada hari jumaat  (2.30 p.m), sebab pagi dah fully booked.

2.Pejabat Sales
Ambil kunci rumah  di Pejabat Sales Mutiara Rini (berhampiran dengan Masjid Mutiara Rini) bukan Pejabat Project (berhampiran sekolah Mutiara Rini).

3.Pembayaran
Kami dikehendaki membayar RM 189 sahaja sebab dah buat bayaran RM 1K kepada pemaju semasa proses booking rumah dahulu.Buat bayaran dan sign document daripada pemaju.Masa ini akan dapat file  daripada pemaju.Dalam file ini ada borang complain.

4.Kunci Rumah
Selepas buat bayaran kami dikehendaki pergi terus ke rumah, semetara menunggu wakil daripada pemaju untuk datang membawa kunci rumah.

5.Baucer RM 1000
Diberitahu kita akan dapat baucer RM 1k daripada kerajaan.Hantar salinan documents yang dikehendaki kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.Baucer akan dapat dalam tempoh sebulan

Itu serba sedikit daripada pengalaman kami semasa mengambil kunci rumah tempoh hari



Buat Bayaran di Pejabat Sales Mutiara Rini

Wakil daripada Pemaju (Berbaju  Biru) sampai

Beliau akan buat checlist kunci Rumah
Check defects.Claim boleh dibuat dalam tempoh 18 bulan.Bawak masking tape dan maka siap-siap masa ni.Kami terlupa nak beli masking tape.Beli di kedai area Pejabat Sales mutiara Rini haritu.
Ok, inilah senarai defects yang dapat kami kenal pasti.Banyak tak?? Borang complain ni boleh hantar terus di Pejabat Sales  Mutiara Rini. ,bukan Project ea
oK Siap.Happy face semua.Sebelum balik kita  bergambar dengan atuk dan nenek dulu

Alhamdulilah settled dah.Balik dahulu.Jumpa lagi JB!!


Alhamdulilah selesai, ada yang dah ambil kunci Rumah ke?? Boleh share pengalaman anda semua kat bawah..Ok,Happy renovating , grilling, shopping and paying for our homes and Valuable asset!!

Jumpa lagi


Previously Update:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tahniah dh ada rumah sndiri..seronok bila nak msk umah ni tp mmg modal bykla kuar kan..haha..

    ReplyDelete
  3. Best nye dah dpt rumah. Kami masih menunggu inshaAllah dlm pertengahan tahun ni. Best nya dpt semiD. Kami apply semiD tapi projek dibatalkan. So dia offer teres. Amik je la. Hehe. Rezeki 😀

    ReplyDelete
  4. salam.nk tnye.awak pasang gril satu rumah berape ye kos nye? saya dapat rumah rmmj ni jugak tp bru nk bajet renovation sikit

    ReplyDelete
  5. wasalam,

    Grill:Quottaion kami dapat adalh mengikut diameter
    Price:
    1.4 diameter = RM 6270
    1.0 diameter = RM 5340
    0.8 diameter = RM 4980
    1.2 diameter : RM 5820

    Wiring Lampu/Kipas:
    RM 1200 tak silap

    Good luck dan Selamat Hari Raya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rezeki Rumah - Alhamdulilah -Part 1

Rezeki Allah datangkan rezeki untuk kita semua dalam pelbagai bentuk dan rupa Jodoh yang baik itu Rezeki Kesihatan yang baik juga Rezeki Rasa Kasih Sayang dan Iman juga Rezeki True! Indeed Alhamdulilah Rezeki Rumah Pertama kami Since dari awal perkahwinan lagi we're planning buying a house, tapi banyak sangat kekangan ...so planning tinggal planning saja..Sebab harga rumah sekarang sangatlah pricy kan.. Tapi kami still mencarik jugak any projects house which is offer harga yang affordable... Ok jumpa one projects at senai-Jalan Selong JB- So I rushed husband to go back from Kelantan to JB to only ' to see the projects launched together- Jenis Rumah: Double story Terrace House Keluasan :18 x 60  Harga: RM 238 Done booking with RM 500 After a few days  then, I just read in newspaper regarding Projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Johor (RMMJ) cooperate with Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) which is offer rumah mampu milik untuk anggota...

Part 3: Progress Projek RMMJ Mutiara Rini Johor January 2016

Part 3: Progress Projek  RMMJ Mutiara Rini Johor Ya Allah lamanya tak hupdate blog.Bukak blog sendiri pun tak...hue..hue..hue..;-( First and the foremost nak say sorry for no upadate regarding Project RMMJ Mutiara Rini. Sangat terharu, bila sehingga  kini masih ramai yang email minta pendapat,nasihat, dan gambaran tentang project ni, Untuk semua keluarga  tentera yang masih tercari-cari rumah ini adalah peluang terbaik kita ok.Jom mohon dan meramaikan jemaah kita di sana...Saya jangka projek ini akan siap sepenuhnya hujung tahun ini,Jalan masih diturap,Kerja - kerja finishing masih giat dijalankan. Untuk orang awam yang nak mohon, cara permohonan kita adalah berbeza, Kami mohon melalui LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) anda terus directly to SUK 41 unit left Untuk makluman gambar di ambil 3 bulan yang lalu. (January 2016).3 bulan sebelum kami berhijrah ke  Kuala Lumpur.So ini sahaja gambar yang sempat kami kami ambil . Jalan m...