Cala Medina IG

Tabung Rumah ;-)

Tuesday, 13 September 2016

Selamat Hari Raya Eid 1437

 Selamat Hari Raya Eid 1437

Entry ke 2 Eid selepas Entry ini

Raya Korban terlalu dekat di hati saya sebenarnya.Masih ingat lagi air mata berjurai menangis bila dengar slot raya korban di Radio IKIM 3 tahun yang lepas.Menangis lagi bila dengar takbir dan solat raya di masjid pada waktu itu.

Kali ke -3 berturut-turut dapat merasai dan meraikan korban. Alhamdulilah,dengan izin Allah tahun ni sekali lagi dapat melaksanakan ibadah korban.Special tahun ni sebab buat korban untuk insan yang paling tinggi darjatnya,Agung doanya,takkan terbalas jasanya " EMAK".Moga Allah menerima ibadah dan hajat kalian semua.Moga Allah kabulkan doa dan hajat emak untuk pergi menunaikan haji.

Detik yang ditunggu

Kerjasama menumbangkan lembu


Gotong Royong bermula

Bersedia untuk di agih-agihkan


  Hari Eid pertama untuk Hadif Muzaffar
 Salam Hari Raya Eid daripada kami bertiga  Hadif , Ibu dan Ayah

No comments:

Post a Comment