Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Part 5: Rumah Pertama Projek RMMJ kami Siap!!

Syukur, Alhamdulilah, semuanya telah selesai Kami telahpun mengambil kunci rumah pada hari jumaat yang lalu 9/9/2016. Perjalanan dalam pembelian rumah pertama ini, sangatlah panjang dan penuh emosi .Pengalaman yang sangat berharga untuk kami, Rezeki seawal tahun pertama perkahwinan kami.Sungguh Allah Maha Besar.Syukur Allah telah memudahkan segala-galanya untuk kami. Berikut adalah antara Prosedur untuk mengambil kunci Rumah RMMJ yang harus kami lalui 1.Buat Appointment sehari awal sebelum datang Disebabkan kami lewat mengambil kunci daripada tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemaju, (SEBULAN LEWAT) maka kami dikehendaki buat appointment,Kami call hari isnin, dan buat appointment untuk datang pada hari jumaat  (2.30 p.m), sebab pagi dah fully booked. 2.Pejabat Sales Ambil kunci rumah  di Pejabat Sales Mutiara Rini (berhampiran dengan Masjid Mutiara Rini) bukan Pejabat Project (berhampiran sekolah Mutiara Rini). 3.Pembayaran Kami dikehendaki membayar ...

Selamat Hari Raya Eid 1437

 Selamat Hari Raya Eid 1437 Entry ke 2 Eid selepas Entry ini Raya Korban terlalu dekat di hati saya sebenarnya.Masih ingat lagi air mata berjurai menangis bila dengar slot raya korban di Radio IKIM 3 tahun yang lepas.Menangis lagi bila dengar takbir dan solat raya di masjid pada waktu itu. Kali ke -3 berturut-turut dapat merasai dan meraikan korban. Alhamdulilah,dengan izin Allah tahun ni sekali lagi dapat melaksanakan ibadah korban.Special tahun ni sebab buat korban untuk insan yang paling tinggi darjatnya,Agung doanya,takkan terbalas jasanya " EMAK".Moga Allah menerima ibadah dan hajat kalian semua.Moga Allah kabulkan doa dan hajat emak untuk pergi menunaikan haji. Detik yang ditunggu Kerjasama menumbangkan lembu Gotong Royong bermula Bersedia untuk di agih-agihkan   Hari Eid pertama untuk Hadif Muzaffar   Salam Hari Raya E id daripada kami b ertiga  Hadif , Ibu dan Ay ah

No Ubat for Hadif

Aku bukan Pakar Kanak-Kanak Sumber:http://zouldahanblog.blogspot.my/2009/10/aku-sebagai-pakar-kanak-kanak.html Aku bukan pakar kanak-kanak. Aku hanya doktor biasa2 sahaja. Tapi entah camna ramai ibu bapa yang suka bawak anak2 mereka datang jumpa aku. Aku pernah jugak bercita2 nak jadi Pakar Paediatrik tersohor kat Kulai ni tapi aku malas nak baca buku dah. Lagipun, aku tak suka melihat kanak2 yang sakit, terlantar di katil dengan wire seluruh badan. Lepas tu asyik nak kena cucuk sana cucuk sini. Aku tak sampai hati nak melihatnya. Maka jadilah aku doktor cabuk sahaja, merawat sakit demam batuk dan selsema. Satu yang aku pegang sampai sekarang ialah merawat pesakit bukan setakat memberi ubat2 kepada pesakit. Kanak2 terutamanya. Yang penting ialah aku rawat kesusahan dan ketakutan emak bapaknya dulu. Bila mereka dah rasa selesa dan selamat tentang keadaan anak mereka, ubat apapun yang aku beri anaknya pasti sihat semula. Kebanyakan ibu bapa yang datang ialah ibu muda a...