Skip to main content

Must Read: Tips Persediaan Perkahwinan

Dedicated to all Bride to be and Hencik Capten:

Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan 
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi Pengantin Perempuan:
  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

Sumber: All About Us

Comments

Popular posts from this blog

Rezeki Rumah - Alhamdulilah -Part 1

Rezeki Allah datangkan rezeki untuk kita semua dalam pelbagai bentuk dan rupa Jodoh yang baik itu Rezeki Kesihatan yang baik juga Rezeki Rasa Kasih Sayang dan Iman juga Rezeki True! Indeed Alhamdulilah Rezeki Rumah Pertama kami Since dari awal perkahwinan lagi we're planning buying a house, tapi banyak sangat kekangan ...so planning tinggal planning saja..Sebab harga rumah sekarang sangatlah pricy kan.. Tapi kami still mencarik jugak any projects house which is offer harga yang affordable... Ok jumpa one projects at senai-Jalan Selong JB- So I rushed husband to go back from Kelantan to JB to only ' to see the projects launched together- Jenis Rumah: Double story Terrace House Keluasan :18 x 60  Harga: RM 238 Done booking with RM 500 After a few days  then, I just read in newspaper regarding Projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Johor (RMMJ) cooperate with Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) which is offer rumah mampu milik untuk anggota

Part 5: Rumah Pertama Projek RMMJ kami Siap!!

Syukur, Alhamdulilah, semuanya telah selesai Kami telahpun mengambil kunci rumah pada hari jumaat yang lalu 9/9/2016. Perjalanan dalam pembelian rumah pertama ini, sangatlah panjang dan penuh emosi .Pengalaman yang sangat berharga untuk kami, Rezeki seawal tahun pertama perkahwinan kami.Sungguh Allah Maha Besar.Syukur Allah telah memudahkan segala-galanya untuk kami. Berikut adalah antara Prosedur untuk mengambil kunci Rumah RMMJ yang harus kami lalui 1.Buat Appointment sehari awal sebelum datang Disebabkan kami lewat mengambil kunci daripada tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemaju, (SEBULAN LEWAT) maka kami dikehendaki buat appointment,Kami call hari isnin, dan buat appointment untuk datang pada hari jumaat  (2.30 p.m), sebab pagi dah fully booked. 2.Pejabat Sales Ambil kunci rumah  di Pejabat Sales Mutiara Rini (berhampiran dengan Masjid Mutiara Rini) bukan Pejabat Project (berhampiran sekolah Mutiara Rini). 3.Pembayaran Kami dikehendaki membayar RM 189 sa

Part 3: Progress Projek RMMJ Mutiara Rini Johor January 2016

Part 3: Progress Projek  RMMJ Mutiara Rini Johor Ya Allah lamanya tak hupdate blog.Bukak blog sendiri pun tak...hue..hue..hue..;-( First and the foremost nak say sorry for no upadate regarding Project RMMJ Mutiara Rini. Sangat terharu, bila sehingga  kini masih ramai yang email minta pendapat,nasihat, dan gambaran tentang project ni, Untuk semua keluarga  tentera yang masih tercari-cari rumah ini adalah peluang terbaik kita ok.Jom mohon dan meramaikan jemaah kita di sana...Saya jangka projek ini akan siap sepenuhnya hujung tahun ini,Jalan masih diturap,Kerja - kerja finishing masih giat dijalankan. Untuk orang awam yang nak mohon, cara permohonan kita adalah berbeza, Kami mohon melalui LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) anda terus directly to SUK 41 unit left Untuk makluman gambar di ambil 3 bulan yang lalu. (January 2016).3 bulan sebelum kami berhijrah ke  Kuala Lumpur.So ini sahaja gambar yang sempat kami kami ambil . Jalan masuk ke Rumah kami