Skip to main content

Nice to Read!!! ^^

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Honestly tak tahu nak hupdate apa di Blog ini.Tak rahu owhk.!! (Arghh..)

Cuma nak share this info sahaja

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Mood: Semoga impian menjadi kenyataan .



Comments

Popular posts from this blog

Part 5: Rumah Pertama Projek RMMJ kami Siap!!

Syukur, Alhamdulilah, semuanya telah selesai Kami telahpun mengambil kunci rumah pada hari jumaat yang lalu 9/9/2016. Perjalanan dalam pembelian rumah pertama ini, sangatlah panjang dan penuh emosi .Pengalaman yang sangat berharga untuk kami, Rezeki seawal tahun pertama perkahwinan kami.Sungguh Allah Maha Besar.Syukur Allah telah memudahkan segala-galanya untuk kami. Berikut adalah antara Prosedur untuk mengambil kunci Rumah RMMJ yang harus kami lalui 1.Buat Appointment sehari awal sebelum datang Disebabkan kami lewat mengambil kunci daripada tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemaju, (SEBULAN LEWAT) maka kami dikehendaki buat appointment,Kami call hari isnin, dan buat appointment untuk datang pada hari jumaat  (2.30 p.m), sebab pagi dah fully booked. 2.Pejabat Sales Ambil kunci rumah  di Pejabat Sales Mutiara Rini (berhampiran dengan Masjid Mutiara Rini) bukan Pejabat Project (berhampiran sekolah Mutiara Rini). 3.Pembayaran Kami dikehendaki membayar ...

Rezeki Rumah - Alhamdulilah -Part 1

Rezeki Allah datangkan rezeki untuk kita semua dalam pelbagai bentuk dan rupa Jodoh yang baik itu Rezeki Kesihatan yang baik juga Rezeki Rasa Kasih Sayang dan Iman juga Rezeki True! Indeed Alhamdulilah Rezeki Rumah Pertama kami Since dari awal perkahwinan lagi we're planning buying a house, tapi banyak sangat kekangan ...so planning tinggal planning saja..Sebab harga rumah sekarang sangatlah pricy kan.. Tapi kami still mencarik jugak any projects house which is offer harga yang affordable... Ok jumpa one projects at senai-Jalan Selong JB- So I rushed husband to go back from Kelantan to JB to only ' to see the projects launched together- Jenis Rumah: Double story Terrace House Keluasan :18 x 60  Harga: RM 238 Done booking with RM 500 After a few days  then, I just read in newspaper regarding Projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Johor (RMMJ) cooperate with Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) which is offer rumah mampu milik untuk anggota...

RUMAH SEMI D, MUTIARA RINI JOHOR BAHARU UNTUK DISEWA (MURAH)

RUMAH SEMI D, MUTIARA RINI JOHOR BAHARU   UNTUK DISEWA   * Rumah baru di Taman Mutiara Rini * Semi-D ( 3 Bilik + 3 Bilik Air -(2 bilik atas , 1 Bilik Bawah ) * Keluasan : 1500 Sq *Setiap Bilik dilengkapi kipas & Lampu *Grill sudah siap dipasang * Lokasi Sangat strategik (berdekatan dengan Second Link) Rumah berdekatan: *TESCO * MYDIN (Akan dibuka) * McDonald *Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini *Bank & Pusat Komersial *Sekolah Rendah & Sekolah Menengah *Masjid *Legoland *Kota Iskandar/Nusajaya , dll Partially Furnished!!! *Katil Queen Size-2 Unit *Katil Single - 1 Unit *Almari Baju- 1 Unit *Meja Makan 6 Kerusi-1 Unit *Folded Sofa & 2 Seater- 1 Unit *Round Table-1 Unit *Kabinet Dapur-2 Unit Kemasukan adalah SEGERA! SEWA RM 1500 (Negotiable) Deposit 2+1 (Preferred Families, Malay, Islam only) Please email us for further details asmidamak@gmail.com More Picture kindly follow OUR Ins...