Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anak

No Ubat for Hadif

Aku bukan Pakar Kanak-Kanak Sumber:http://zouldahanblog.blogspot.my/2009/10/aku-sebagai-pakar-kanak-kanak.html Aku bukan pakar kanak-kanak. Aku hanya doktor biasa2 sahaja. Tapi entah camna ramai ibu bapa yang suka bawak anak2 mereka datang jumpa aku. Aku pernah jugak bercita2 nak jadi Pakar Paediatrik tersohor kat Kulai ni tapi aku malas nak baca buku dah. Lagipun, aku tak suka melihat kanak2 yang sakit, terlantar di katil dengan wire seluruh badan. Lepas tu asyik nak kena cucuk sana cucuk sini. Aku tak sampai hati nak melihatnya. Maka jadilah aku doktor cabuk sahaja, merawat sakit demam batuk dan selsema. Satu yang aku pegang sampai sekarang ialah merawat pesakit bukan setakat memberi ubat2 kepada pesakit. Kanak2 terutamanya. Yang penting ialah aku rawat kesusahan dan ketakutan emak bapaknya dulu. Bila mereka dah rasa selesa dan selamat tentang keadaan anak mereka, ubat apapun yang aku beri anaknya pasti sihat semula. Kebanyakan ibu bapa yang datang ialah ibu muda a...